Kami membawakan kepada anda satu platform dalam talian yang komprehensif, moden dan responsif bagi menyokong keperluan komunikasi serta pengurusan sekolah secara digital. Melalui portal ini, anda boleh mengakses pelbagai aplikasi sekolah, semakan maklumat pelajar, pengumuman penting, dan pelaporan aktiviti dengan lebih cepat dan mudah.
Komitmen kami adalah untuk mendepani perubahan era digital dalam bidang pendidikan dan menyediakan persekitaran yang kondusif, cekap dan inklusif untuk semua pihak berkepentingan.
Days
Hours
Minutes
Seconds
PENGETUA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,
Perancangan merupakan asas utama dalam pengurusan sesebuah organisasi. Perancangan yang sistematik dan strategik mampu menjadi panduan arah serta pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan dalam pelbagai aspek pendidikan. Berlandaskan aspirasi tersebut, SMK Dusaj telah mengambil inisiatif untuk membangunkan Portal Sekolah sebagai medium rasmi penyampaian maklumat dan rujukan digital sekolah.
Portal ini memaparkan pelbagai maklumat penting yang merangkumi keseluruhan aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah. Ia bertujuan menjadi panduan dan rujukan kepada warga pendidik, staf sokongan, pelajar serta masyarakat umum dalam melaksanakan tanggungjawab harian secara lebih sistematik dan efisien.
Secara menyeluruh, kandungan portal ini meliputi maklumat umum, pengenalan sekolah, agihan tugas, pengurusan panitia, pengurusan pengajaran dan pembelajaran, pengurusan peperiksaan dan penilaian, pengurusan sumber, pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM), kokurikulum, kebersihan dan keceriaan, serta kajian tindakan. Meskipun fokus utama perancangan sekolah adalah kurikulum, elemen-elemen lain tetap diberi perhatian selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Portal ini diharap dapat menjadi sumber rujukan utama kepada seluruh warga sekolah dan komuniti setempat. Dengan adanya platform digital ini, perancangan dan pelaksanaan pentadbiran sekolah dapat dijalankan dengan lebih cekap, mantap dan berkualiti — seiring dengan moto sekolah: "Bersama Menjana Kecemerlangan."
Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Unit ICT sekolah atas usaha gigih dan dedikasi mereka dalam membangunkan serta menjayakan portal ini.
Sekian, terima kasih.
Pengetua
Aini Rozita Binti Ahmad
PAPARAN MAKLUMAT BERIKUT ADALAH TELAH DIKEMASKINI PADA TAHUN 2025
AINI ROZITA BINTI AHMAD
MAZNI BINTI MOHAMED ISA
SAMSIAH BINTI HASSAN
RUSLAN BIN MD ISA
BILANGAN MURID
BILANGAN GURU
BILANGAN AKP
CALON SPM TAHUN INI
Sejarah Penubuhan SMK Dato’ Undang Syed Ali Al-Jufri
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Undang Syed Ali Al-Jufri (SMKDUSAJ) pada asalnya dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah Simpang Gelami (SMRSG) dan mula beroperasi pada 13 Januari 1984. Ketika itu, sekolah ini hanya menawarkan pendidikan menengah rendah, dari Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 3, dan beroperasi di dua buah bangunan tiga tingkat serta satu bangunan setingkat yang telah siap dibina pada tahun 1983. Seiring perkembangan pendidikan dan permintaan masyarakat, pada tahun 1995, sekolah ini mula menawarkan kelas Tingkatan 4 dan 5, sekali gus menukar namanya kepada Sekolah Menengah Simpang Gelami (SMSG). Kemudian, pada tahun 2002, sekolah ini dinaik taraf menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Gelami (SMKSG) dengan penambahan kemudahan seperti makmal komputer, dua blok asrama, sebuah surau serta dewan makan bagi menampung keperluan pelajar yang semakin bertambah. Pada tahun 2012, nama sekolah secara rasminya ditukar kepada SMK Dato’ Undang Syed Ali Al-Jufri, sebagai menghargai jasa dan sumbangan tokoh tempatan iaitu Dato’ Undang Syed Ali Al-Jufri. Penukaran nama ini diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atas cadangan dan persetujuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pentadbiran sekolah ketika itu yang diketuai oleh Tuan Haji Rosdin bin Kasim. Pengetua pertama sekolah ini ialah Tuan Haji Abdullah bin Saffar, dan kini sekolah ini terus berkembang maju di bawah pimpinan pengetua semasa, Puan Hajah Azizah binti Musa.
Tn. Hj. Abdullah bin Saffar
(Pengetua pertama - mula bertugas semasa penubuhan sekolah pada tahun 1984)
(Maklumat Pengetua ke-2 hingga ke-7 belum diperoleh secara rasmi)
Tn. Hj. Rosdin bin Kasim
(Mengetuai sekolah sekitar tahun 2012 semasa penjenamaan semula nama sekolah)
Pn. Hajjah Azizah binti Musa
(Menjawat jawatan pengetua sekitar tahun 2023–2024)
Pn. Hafsah binti Haji Mohd Isa
(Disenaraikan sebagai pengetua semasa Mesyuarat Agung PIBG tahun 2021)
Pn.Aini Rozita Binti Ahmad
(2024 - Sekarang)
Ø Menyediakan sistem pendidikan terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara
Ø Menentukan keluaran sistem pendidikan mempunyai nilai-nilai teras yang ditetapkan dan ciri-ciri yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Ø Memberi peluang yang sama kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan untuk mendapatkan pendidikan yang sebaik-baiknya
Ø Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan kepada pembaharuan yang berkesan
Ø Menguruskan kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana
Ø Menyediakan staf yang mencukupi dan berdedikasi, komited, terlatih, berdisplin, bertanggungjawab dan produktif
Ø Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu selaras dengan pengalaman perkhidmatan penyanyang
Ø Memastikan Kementerian Pendidikan sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak dan keperluan pelanggan, murid, guru, masyarakat dan negara/ kerajaan
Ø Meningkatkan kegemilangan dan martabat profesian keguruan untuk menarik individu-individu terbaik menyertai perkhidmatan pendidikan
LAGU SEKOLAH